Sunday, 14 August 2016

Allah maha baik

Assalamualaikum

Hebatkan Allah. Hanya kita yang selalu sangsi.

Saya hari ini dikurniakan kebaikan dalam persahabatan.

Saya ada dua adek . Tidak gemar guna bahasa adek angkat. Sebab kita islam bersaudara.

Semua yang jadi aturan Allah. Dahulu saya selalu cakap kebetulan. Setelah menuntut elmu dan serba sedikit bergaul dengan yang bijak pandai baru saya faham. Tiada kebetulan.
Sebenarnya ia perjalanan taqdir kita. Ia telah ditentukan sejak azali lagi. Jangan tanya lanjut  tentang ini. Tetapi ia elmu yang saya faham. Kita sebarkan yang telah tahu dan amal.

Adinda yang pertama saya kenal melalui ruang chat semasa. Kami bertemu kerana ingin mencari cara kehidupan yang sihat bagi keluarga.

Keduanya senang untuk saya ladeni. Sejak saya pegang prinsip ini. Saya ubah "cermin mata" jiwa. Sangat mudah. Baik kita layani orang. Lebih baik juga kita terima. Begitu juga sangkaan. Bersangka baik. Walau dalam talian tidak pernah bersua muka. Tapi Allah temukan kerana mencari kebaikan.

Saya doakan semua ini berakhir dengan pengakhiran yang baik. Moga kita berjiran di Jannah.

Tatkala adinda berdua di syurga dan kanda tiada disana. Mohon pada Ya Rab untuk saya bersama kalian juga.

Allahumma ameen

Tuesday, 9 August 2016

Indah

Luas tau tafsiran indah ini. Pada saya ia sangat luas. Tidak terhad kepada pemandangan.

Saya ingin selalu ada bahasa yang indah, ada senyuman yang indah.

Biar bahasa yang keluar dari mulut kita yang indah indah.

Yang mendengar bahagia.

Moga allah ampun dosa saya dan kita semua.

Cerita tentang bahasa supaya saya ingat jaga adab, jaga laku, jaga bahasa.

Monday, 8 August 2016

Rezeki dari Dia untuk kita ucap syukur

Assalamualaikum.

Kadang kadang saya terfikir malu dengan Allah. Banyak salah, banyak dosa, banyak lalai.
Tapi Allah layan saya sangat baik. Satu satu nikmat Dia bagi.

Kadang kadang rasa tersepit. Susah sangat. Nak bernafas pun rasa tersekat. Sekelip mata DIA kurniakan kemudahan.

Dari sumber tidak disangka sangka dan secara tidak disangka sangka.

Masya allah. Allah sangat baik.

Allah hu Allah. Pasakkan saya rasa syukur setiap detik masa

Sunday, 7 August 2016

Abahwan

Assalamualaikum

Abahwan..
Saya datang
Saya datang dengan kakak,kaklang dan ateih. Abang ngah tak datang. Dok umah temankan tok.
Tapi abang kirim saya doakan abahwan.

She is the only anak ibu tidak dapat jumpa abahwan secara live.

Tapi abahwan saya tahu saya akan ada. Sebab dua hari sebelum abahwan jumpa Allah. Abahwan cakap dengan ibu. Nanti ibu ada baby lagi.

Abahwan atas katil di wad Hospital Tengku Fauziah. Tarikhnya 12.2.2014.

Yeay..dan saya lahir 12.12.2015. Allah izinkan abahwan saya tahu saya akan datang jumpa abahwan dan doakan abahwan macam abang kakak saya doa.

Abahwan dekat dihati saya.
Saya selalu dengar ibu cakap.

Nak tidor baca bismillah. Baca doa tidor. Baca al fatihah untuk abahwan.
Ateih baca alfatihah untuk abahwan setiap pagi .

Ya allah saya nak jumpa abahwan saya yang baik dan sangat kuat di Jannah.

Ameen

Thursday, 4 August 2016

Yang Baik itu Dari DIA


If someone drag you to their level, try not fall down but continue rise your value. Bila orang buat jahat, jangan kita jadi jahat dengan dia.

Something like,

Orang tumpahkan air ke baju kau, kau hanya perlu ucap it's ok dan duduk ajak borak kemudian bayarkan semua menu yang dia order ketika itu.

Dendam tidak terlepas daripada setiap manusia tapi dendam yang terbaik adalah dendam yang 'dibalas' dengan kebaikan secara terus.

:')

https://telegram.me/kakHassanah

Allahu.

Sungguh ia seolah satu air jernih yang sejuk, lazat, menghilangkan dahaga melalui tekak yang amat kering, haus .

Masya allah.

Ingatan ini terasa sampai lubuk dalam.

Saya hampir tewas tadi. Tewas dengan perasaan geram, dendam. Tewas dengan kemahuan hati.

Kisah lama seolah ditekan " replay".

Penat saya mempositifkan diri selama ini. Memberitahu diri bahawa saya ok. Saya berterima kasih dengan pengalaman yang diperolehi dari kisah tersebut.

Ia kisah hitam, pekat, gelap. Namun saya gigih warnakan dia menjadi pelangi. Susah sangat!.sukar!. Jatuh,air mata, terlungkup, berdarah. Tak terkira.

Tapi saya percaya ia bukan kebetulan. Allah sekolahkan saya demi kebaikan.

Terasa di angkat beban jiwa tadi hanya dengan pesanan Kak Hassanah .

Terima kasih Allah. Sebaik baik penjaga.

Apa yang penting kerjasama

Lagi tentang kakak.

Bermula 1.8.16 sekolah kakak mulakan gerak gempur UPSR.

Kelas tambahan pada petang dan malam. Allah rezekikan kakak bersekolah dengan ayah.

Dimudahkan banyak urusan. Ibu tak perlu pening memikirkan untuk mengambil, menghantar. Malahan jika ada mesyuarat dan keperluan lain ibu bapa perlu hadir, ibu hanya ambil maklum.

Jarak rumah dan sekolah sehala lebih kurang 35km.

Kakak ada tusyen ĺuar yang dibiayai sendiri pada malam Isnin dan Khamis setiap minggu.

Dua sebab ini, menyebabkan kakak dpt hadir kelas malam pada khamis sahaja.

Moga Allah mudahkan urusan guru dan mereka yang berusaha untuk peperiksaan ini

Monday, 1 August 2016

Peperiksaan besar

Assalamualaikum

Mengira dengan kakak tidak sampai 20 hari bekerja lagi akan menjengah peperiksaan besar buat dia.

Saya ibu yang pertama kali mengadap situasi ini.

Sukar saya nak hurai apa rasa. Pastinya saya ada angan angan saya.

Cuma saya suaikan dengan kehendak tuan diri supaya kami berdua seiring bertindak .

Jatuh wajib pada saya seorang ibu yang pertama kali hadap situasi ini. BERSYUKUR!!

Allah kurniakan saya kemudahan. Jika saya hitung tidak cukup. Terlalu banyak!

Kakak is a gifted to me. To us as her parent. She is born as a leader. According to her birthdate, she is no 1. Ya. A leader. Allahumma ameen.

She is an independence young lady. She is determine. She know exactly what she want. And she work for that.

I was  looking of myself into her. Past of 27 years before.

I am the first borned in my family. My secondary was at "ceruk tok kun" in Perlis. Now it been transform to Pusat Sukan.

I did the mind mapping. And she did it too. 
Kakak.

Ibu just want to say. Thanks . So much. Allah sent a good daughter to ibu.
A miracle girl.

Ibu redha ke atas kakak. Dan ibu doa. Kakak bawah lembayung kasih sayang ALLAH

It is a mix feeling dear to write it.

Tuesday, 17 May 2016

STRONG IS NOT GIFTED . IT IS A PROCESS

https://m.facebook.com/Ayaqtanganmama-950000458382917/?ref=m_notif¬if_t=like

Saturday, 14 May 2016

Allah

Assalamualaikum

Sungguh Allah memegang hati kita.
Sebentar tadi diberi rasa kecewa, marah dan yang tidak enak.

Di izinnya dalam seminit diubah menjadi gembira. Mampu tersenyum .

Allahu. Tiada daya kami tanpa izinMu

Monday, 9 May 2016

#AYATAYATCINTA

Allah hu
Saya mohon ampun jika yang saya tulis ini menunjukkan keseombongan atau apa saja yang tidak enak.

Sudah berapa hari ia bermain dikepala saya.

Rasa bersalah jika tidak dapat meluang masa untuk membaca walau sebaris ayat dari #suratcinta.

Perasaan ini bukan dibuat buat.

Lagi terkesan ketika mendengar slot Ustaz Pahrol di IKIM.
Katanya dari sekarang kita kena berlatih untuk membaca quran. Banyakkan quantiti dari kualiti.
Di sini rasa bersalah bermula. Ramadhan makin dekat. Apa yang saya buat cukupkah untuk menyambut ladang pahala ini.?

Terasa sampai ke hati hitam. Saya tidak mahir membaca. Bacaan selalu ditegur oleh anakanda.

Ibu bukan begitu bacaannya.

Ibu yang ni bacaannya begini.

Ya Allah. Terasa malu pada hakikat. Mak ditegur anak. Tapi itu kata hati sombong. Masya Allah bersyukur . Ada masih ingin menegur.

Alternatif saya, baca bersama anakanda.

Memang sukar memulakan sesuatu yg baru. Izin Allah menjadi amalan. Ada lompangnya. Sentiasa istiqamah. Supaya ia asbab menjadi contoh kepada anak anak.

Dalam keadaan manapun setiap hari WAJIB membaca. Walau dimana berada. Mula dengan paksaan. Kemudian jadi ingatan. Seterusnya suatu agenda wajib.

Ya Allah suburkan hati kami dengan ayat ayat Mu

Thursday, 14 April 2016

Lapar dan harap

Assalamualaikum

Allah hantar kasih sayangNya pelbagai.

Setiap satu untuk kebaikan.

Ceritanya begini.

Saya sangat lapar tadi. Mohon bantuan rakan yang keluar untuk beli makanan.

Leka dengan tugasan perut lupa tentang lapar.

Dalam leka tersebut terdengar suara rakan baru balik. Hati berbunga.

Beli apa ya

Ya Allah lupa .! Kami makan kat sana

Subhanallah rasa ketika itu. Kecik sangat hati. Terkilan. Mau nangis. Sebab dia tahu saya sangat lapar. Tadi saya ajak dia makan. Tapi katanya dia ada urusan di luar. Akan beli makanan untuk saya
Ya jujur rasa tu dari saya.

Tenangkan diri. Teguk air masak
Istigfar. Selawat. Buka video di telefon untuk alih perhatian dari "rasa".

Tetiba detik dalam hati.

Ya allah ampun dosa saya.
Betapa Allah tegur saya.

💝bergantung harap dengan manusia
💝Allah nak saya bila saya  rasa penolakan dari  manusia.
💝terus ingat mak. Ya Allah, saya selalu buat mak rasa tertunggu tunggu..Nah Allah tegur kau sekarang..Cash !!

💝suami. Ya kadang kadang saya acuh tak acuh dengan dia.

Terduduk saya ingatkan semua ini.

Terima kasih Ya Rab. Dengan kasih sayang ini. Saya doakan kalian sentiasa dalam pandangan Ilahi

Wednesday, 13 April 2016

Allah sangat baik

Pernah rasa ini
Dalam dompet ada helaian biru.
Ya helaian yang selalu kita sedeqahkan kepada tabung masjid.

Lauk di dalam peti tinggal untuk sekali makan saja.

Jiwa tidak terlalu runsing, akal berkata dimana nak cari sumber.

Dalam tugasan harian, kalut dengan dunia. Lupa

Tiba tiba datang insan hulur Not RM50.00 dua keping.
Apa kau rasa.
Alhamdullillah
Allah sangat baik!
Dalam hati pecah ombak tangisan.

Allah tak pernah jemu .
Tapi kita penuh dengan alasan

Tak perlu magik.
Hanya buat yang Allah pinta. Bukan untuk dia . Tapi untuk kita HAMBA.

Dia mengerti

Assalamualaikum

Rakaman perbualan ringkas dengan anak syurga angah.

Ibu! abang bawa nasi lebih,lauk pun sama!

Ok bang, tapi make sure u can finish it tau.

Sedikit kuat suara sebab ibu tengah masak.

Kawan abang tu setiap hari tak makan. Tak bawa duit.

Ayah dia tak sihat. Ibu ingat dak pakcik guard yang ibu bagi nasi masa lawan bola jaring kakak dulu.

Ya ya ibu ingat! Angguk angguk sambil masak lagi.

Awat ngah?

Tu la ayah Mat. Ayah dia tak sihat. Tak boleh mai keja.
Ibu pahamkan kerja guard macam mana?. Tak sihat ,tak mai keja, orang tak bagi keja dah la.

Owh. Ibu diam . Mata pandang angah.

Monolog ibu.

Ya Allah, Di mudahkan urusan mereka.

Anak syurga angah sambung lagi.

Tapi abang dengan kawan kawan abang selalu beli atau kongsi makanan dengan dia. Kami kongsi duit , kami beli makanan.
Dia tak minta pun.

Alhamdullillah. Allah pasti lihat kebaikan angah dan kawan kawan.

Wahai imam ibu anakanda syurga Angah

Istiqamah kamu dalam kebaikan ini.

Tiada yang kamu bawa selain dari amalan yang Allah redhai.

Wednesday, 23 March 2016

Kawal diri

Assalamualaikum
Semalam ibu dan rakan berdiskusi tentang rasa seorang isteri.

Bagaimana keadaan nanti bila kematian kita.

Soalan seperti adakah nanti kematian kita akan ditangisi atau disyukuri.

Ibu sendiri bagi pandangan.
Tapi ada satu pandangan buat ibu sangat suka.

Kata rakan ibu. Rajinlah baca quran.

Katanya bila membaca quran kita mengawal pernafasan. Kaedah bacaan quran yang mementingkan sebutan yang betul  dan tajwid yang betul ada kesan dengan mengawal emosi.

Bila emosi kita tidak harmoni. Nafas jadi turun naik. Degupan jantung laju.

Natijahnya amalan membaca quran ini. Menyebabkan kita mampu mengawal keadaan ini.

Allahhuakbar. Subhaballah.

Setiap yang Allah perintahkan pasti untuk kebaikan hambanya

Lagu fav amani

https://youtu.be/ygscXQt6CO0

Tuesday, 12 January 2016

Selamat ulang tahun anakanda Nur Amna Afifah

#aktivitihariini
Alhamdullillah. Sehari lagi diberi peluang untuk berbuat manfaat.
Semalam ulang tahun anakanda yang ketiga. Yang ke tujuh.
"Ibu esok hari lahir kaklang. Semua orang kena ada untuk makanan keluarga"
Saya berhenti sebentar untuk beri perhatian padanya.
"Makanan keluarga tu macam mana?"
"Owh..tu makan sama sama kat luar sebab nak sambut birthday kaklang. "
Sambil senyum saya rapat badan pada anakanda dan pegang bahu dia.
"Ok. Kaklang nak makan apa?"
"Abc special". Laju dia jawab.
"Masya Allah. Sedap!
Jujurnya saya ingin cepat cepat habiskan perbualan ini. Saya lihat ruang dapur yang masih tidak berkemas. Tapi saya kasihan anakanda. Saya cuba untuk buat dia gembira.
"Ok. Esok ibu balik dari kerja kita makan Abc ya. "
Dia senyum dan berlari ke ruang tamu sambil menyanyi dan sampaikan khabar gembira pada yang lain.
Mudahnya untuk gembirakan anak anak. Sedikit ruang dan masa.
Selamat ulang tahun kelahiran anakanda. Allah berkati usia kamu dan menjadi umat Nabi yang bermanfaat.

#AHI
#allahsangatbaik
#kupukupusyurgasaya

Sunday, 10 January 2016

Gambar

Assalamualaikum
Saya disapa di wasap
" geramnya..nk buat mcm mana ha..anak aku selalu bg aku HOT"
Salah seorang rakan baik saya. Saya senyum sebab saya kenal anak yang dimaksudkan.
"Ari ni peluk tak dia..?"
Jawabnya
" dah aku hot..nk peluk mcm mana"
Saya meningkah
"Sekarang ni sapa tua..dia ke kita..dia kan budak..kita namanya ibu.."
Jawab dia lagi
"Tu la yg aku wasap ni..aku rasa panas saja..tapi bila dia dah kesekolah, nampk barang barang dia..rasa bersalah"

Saya senyum lagi. Sambil menulis. Saya mulakan dengan bismillah, istigfar dan selawat. Risau sekiranya apa yang bakal saya tulis menjadi dosa buat saya. Risau sekiranya saya hanya menasihati tapi saya sendiri tidak laksanakan.

Wahai mama kepada anak hebat. Dengar ni.
Sebenarnya dia cuba tarik perhatian mama. Sebab dia faham, mama hanya beri dia perhatian bila dia buat Mama HOT.
nanti bila dia balik peluk dia erat erat. Bisik di telinga.
Abang yang mama sayang. Mama sayang kamu. Kamu jantung dan jiwa mama. Cium pipi dia. Boleh???

Rakan saya balas dengan ini
😂😍😙

Maafkan ibu wahai anak. Ibu lupa kamu sebenarnya perlukan perhatian

Sahabat yang menenangkan jua rezekikan?
#allah sangat baik

Thursday, 7 January 2016

Cermin

#aktivitihariini
Assalamualaikum. Alhamdullilah syukur untuk hari yang sihat dan positif.
Setiap orang ada cermin pandang masing masing. Cermin tersebut bergantung kepada pemikiran,rakan,bahan bacaan dan amalan seseorang.
Dua ujian kecil hari ini. Anakanda jatuh semasa saya sedang memandu untuk hantar ke taska. Anakanda tengah beraksi ala ala Tobot. Pecah bibir dan berdarah. Momen yang baik dia berdoa semuga diberi kesembuhan
Dapat mengulangkaji semula teknik Marmet setelah pam susu rosak.

Bukan kah itu pun rezeki

#allahsangatbaik

Mulakannya

Wednesday, 6 January 2016

Mantra

Assalamualaikum

Terasa hebat sebab buat benda yang kita suka.

Alhamdullillah hari ini berjaya untuk aplikasi teknik nabi. Anakanda ke empat memang selalu bagi peluang ibu pahala. Seawal bangun merengek untuk tidak ke sekolah
Otak ligat berfikir. Bukan masa berkeras. Teringat teknik Nabi.
Cari kebaikan tutup mata keburukan.

Dengan izin Allah anakandan senang untuk diuruskan.
Bukan kah itu pun rezeki.

#allahsangatbaik