Saturday, 3 October 2026

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Ini perjalanan panjang IV dan sahabat. Alhamdullillah IV ada rantaian sahabat yang tidak malu malu menegur jika ia berkaitan tauhid.

bermula idea untuk membaca Alquran lengkap dengan terjermahan bermula dari halaman satu mushaf ketika salah seorang dari sahabat mendengar kuliah dari Ustaz Endang


18 September 2026 
Idea tentang ini bermula dan pagi 19 September kami mula dengan halaman pertama mushaf

Subhanallah bacaan doa dari E sangat menyentuh hati. Dan pada tarikh itu bermula perjalanan refleksi ini.

IV menulis pada hari ini bersamaan muka surat 15. Rujukan kami adalah buku Ustaz Syaari Abdul Rahmn. Kompas 604 dan kad summary setiap halaman dari Tuan Hafizul Faiz.

Saya terfikir untuk rakam perjalanan ini. Ia bukan satu perjalanan yang hebat.
Ia adalah perjalanan berbuat.

Dari seorang insan yang punya banyak azam
Dari seoarng yang selalu berfikir hak terhadap Al Quran
Dari seorang yang dia tahu dia tak mampu untuk berbuat jika tiada sahabat bersama.

Ya ALLAH sungguh kami tiada daya, tapi kami mahu buat. luruskan jalan kami ALLAH, satukan hati kami ALLAH
Tetapkan langkah kami ALLAH
Uji kami dengan selembut ujian YA ALLAH

sungguh ALLAH kami hanya harap redha mu
Ilhamkan kami untuk bersyukur Ya ALLAH  [QS27:19] Al Naml ayat 19

Al-Quran 27:19

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ 

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

So [Solomon] smiled, amused at her speech, and said, "My Lord, enable me to be grateful for Your favor which You have bestowed upon me and upon my parents and to do righteousness of which You approve. And admit me by Your mercy into [the ranks of] Your righteous servants."

#GreentechApps

Sunday, 29 September 2024

Bismillah -

 setelah sekian lama, insya ALLAH nak kembali menulis

Apa yang sangat nak kembali ni

Semalam selusuri blog lama. Banyak kenangan dan bila membaca tersenyum. Indahnya rekodkan semua benda yang manis manis ye


Kembali lagi

Insya ALLAH sesuai usia yang nak menempuh 50 ni. Tulisan pun kena seiring juga

aturan ALLAH sangat sempurna. Insya ALLAH sertai Totiq untuk kali kedua. Salah satu assignment Totiq adalah posting di media social dalam bentuk kumpulan sebanyak 300 posting.

Insya ALLAH akan menulis panjang tentang Totiq ini. Di lain posting

Alhamdullillah kumpulan Totiq terdiri dari mereka yang memburu ilmu Quran. Mereka bukan kaleng kaleng. Hebat belaka. Doktor yang sibuk, ibu anak 5 yang homeschooler, Pengasas SASU, ada yang bekerja di bidang pertanian. Matlamat sama sahaja memahami AL Quran dan menghidupkan dalam kehidupan seharian

Bertuah ALLAH pilih bersama mereka.

Dua hari ini berkisar tentang surah Shuara saja. Surah ke 26 dari juzuk 19.

Maksud syuara adalah penyair

Zaman Musyrikin Mekah penyair adalah salah satu industri hiburan. Cara orang musyrik Mekah berhibur adalah dengan mendengar syair yang sangat indah.

Bila baca sirah penurunan surah dalam Siranjan Munira ( Ustaz Syaari Abdul Rahman) Surah ini di turunkan pada fasa ke5 dakwah.

Fasa dimana pembantaian umat Islam secara keras.pada Fasa ini juga fasa berlaku pemulauan kepada orang Islam.

Bila menulis terasa eih banyaknya nak di tulis, 😊Hmm begitulah ye bila suka menulis tetapi tidak menulis untuk sekian lama. Jadinya insya ALLAH akan buat bersiri tentang surah Shuara ini

Semasa host 1H1M terkesan dengan ayat dibawah;

26:112

قَالَ وَمَا عِلْمِى بِمَا كَانُوا۟ يَعْمَلُونَ ١١٢

Nabi Nuh berkata: "Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat dan) pekerjaan mereka?

— Abdullah Muhammad Basmeih

Dalam ayat ini ada dua mesej ALLAH

1. Nabi Nuh berkata

2.Dan apalah ada kaitannya pengetahuanku dengan (pangkat) dan pekerjaan mereka

Terkesan bagaimana Nabi Nuh sangat tegas dan faham kenapa beliau di utuskan. Umum tahu Nabi Nuh umurnya panjang dan sangat lama kerja dakwahnya, Hanya sedikit sahaja yang mendengar seruan beliau.

Walaupun begitu Nabi Nuh sangat tegas dan tidak berganjak daripada apa beliau di amanahkan

The Demand of the People of Nuh and His Response

They said: "We do not believe in you, and we will not follow you and become equal to the meanest of the people, who follow you and believe in you, and they are the lowest among us."

قَالُواْ أَنُؤْمِنُ لَكَ وَاتَّبَعَكَ الاٌّرْذَلُونَ - قَالَ وَمَا عِلْمِى بِمَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ

(They said: "Shall we believe in you, when the inferior follow you" He said: "And what knowledge have I of what they used to do") meaning, `what does it have to do with me if they follow me No matter what they used to do before, I do not have to check on them and examine their background; all I have to do is accept it if they believe in me; whatever is in their hearts is for Allah to know.'

إِنْ حِسَابُهُمْ إِلاَّ عَلَى رَبِّى لَوْ تَشْعُرُونَ - وَمَآ أَنَاْ بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ

(Their account is only with my Lord, if you could (but) know. And I am not going to drive away the believers.) It seems that they asked him to drive these people away, then they would follow him, but he refused to do that, and said:

وَمَآ أَنَاْ بِطَارِدِ الْمُؤْمِنِينَ - إِنْ أَنَا إِلاَّ نَذِيرٌ مُّبِينٌ

(And I am not going to drive away the believers. I am only a plain warner.) meaning, `I have been sent as a warner, and whoever obeys me and follows me and believes in me, then he belongs to me and I to him, whether he is noble or common, upper-class or lower-class.

( petikan dari laman web https://quran.com/26:112/tafsirs/en-tafisr-ibn-kathir)



Emosi semasa baca ayat ini, Kagum sangat dengan Nabi Nuh. Tegas dan sangat faham tugas yang diamanahkan. Di dalam tafsir dinyatakan pula yang Nabi Nuh tidak kisah siapa pun pengikutnya Yang penting taat pada ALLAH dan menerima seruan Beliau.


Sangat kagum dengan sikap Nabi Nuh. Nabi yang pertama berdakwah , beliau tiada bahan rujukan terdahulu. Hanya semata mata menurut apa yang ALLAH perintahkan.


Melihat diri sendiri dan dibandingkan dengan apa Nabi Nuh lalui terasa sangat kerdil. Selalu mengambil mudah atas seruan ALLAH, Berapa banyak alasan diberi dengan sikap begitu. Astagfirullah Al Azim. Moga ALLAH beri mudah dan terus istiqamah berbuat baik dan berdakwah sebagaimana Rasul terdahulu.


( catatan ini adalah tentang rasa seorang isteri, ibu , anak dan wanita. Sekiranya ada yang salah dan perlu ditegur mohon pm ya.)

 



Sunday, 4 February 2018

Parenting skill

https://www.dropbox.com/s/f3mpc8x4z9hlw17/Parenting%20Ayah%20Edy%2018%20Memahami%20Sudut%20Pandang%20Anak.zip?dl=0

Wednesday, 3 January 2018

Kisah subuh

Kasih sayang Ada dimana mana Hadir tanpa syarat Manis bila terzahir tanpa paksaan Masya allah Ibu belajar hari ini Kasih sayang abang dan adek Belajar tentang tanggungjawab bila mana hadir dengan kesedaran Doa ibu iti makbul Selalu disebut Ibu doakan kamu berdua dalam rahmat Allah. Membesar dengan rasa sayang ini Tautkan dengan ingatan. Kekal ia sebagai jati diri Tebarkanlah rasa sayang dalam hidup kalian Jika ibu tiada. Ingat bahawa kasih ibu hidup dalam jiwa kalian Gambar menceritakan Angah gosok kepala Ateih untuk tidurkan dia.

Sunday, 14 August 2016

Allah maha baik

Assalamualaikum

Hebatkan Allah. Hanya kita yang selalu sangsi.

Saya hari ini dikurniakan kebaikan dalam persahabatan.

Saya ada dua adek . Tidak gemar guna bahasa adek angkat. Sebab kita islam bersaudara.

Semua yang jadi aturan Allah. Dahulu saya selalu cakap kebetulan. Setelah menuntut elmu dan serba sedikit bergaul dengan yang bijak pandai baru saya faham. Tiada kebetulan.
Sebenarnya ia perjalanan taqdir kita. Ia telah ditentukan sejak azali lagi. Jangan tanya lanjut  tentang ini. Tetapi ia elmu yang saya faham. Kita sebarkan yang telah tahu dan amal.

Adinda yang pertama saya kenal melalui ruang chat semasa. Kami bertemu kerana ingin mencari cara kehidupan yang sihat bagi keluarga.

Keduanya senang untuk saya ladeni. Sejak saya pegang prinsip ini. Saya ubah "cermin mata" jiwa. Sangat mudah. Baik kita layani orang. Lebih baik juga kita terima. Begitu juga sangkaan. Bersangka baik. Walau dalam talian tidak pernah bersua muka. Tapi Allah temukan kerana mencari kebaikan.

Saya doakan semua ini berakhir dengan pengakhiran yang baik. Moga kita berjiran di Jannah.

Tatkala adinda berdua di syurga dan kanda tiada disana. Mohon pada Ya Rab untuk saya bersama kalian juga.

Allahumma ameen

Tuesday, 9 August 2016

Indah

Luas tau tafsiran indah ini. Pada saya ia sangat luas. Tidak terhad kepada pemandangan.

Saya ingin selalu ada bahasa yang indah, ada senyuman yang indah.

Biar bahasa yang keluar dari mulut kita yang indah indah.

Yang mendengar bahagia.

Moga allah ampun dosa saya dan kita semua.

Cerita tentang bahasa supaya saya ingat jaga adab, jaga laku, jaga bahasa.