Showing posts with label journeyreflection30juzuk. Show all posts
Showing posts with label journeyreflection30juzuk. Show all posts

Saturday, 3 October 2026

Setiap perjalanan bermula dengan langkah pertama


بِسْمِ ٱللَّهِ ٱلرَّحْمَٰنِ ٱلرَّحِيمِ 

Ini perjalanan panjang IV dan sahabat. Alhamdullillah IV ada rantaian sahabat yang tidak malu malu menegur jika ia berkaitan tauhid.

bermula idea untuk membaca Alquran lengkap dengan terjermahan bermula dari halaman satu mushaf ketika salah seorang dari sahabat mendengar kuliah dari Ustaz Endang


18 September 2026 
Idea tentang ini bermula dan pagi 19 September kami mula dengan halaman pertama mushaf

Subhanallah bacaan doa dari E sangat menyentuh hati. Dan pada tarikh itu bermula perjalanan refleksi ini.

IV menulis pada hari ini bersamaan muka surat 15. Rujukan kami adalah buku Ustaz Syaari Abdul Rahmn. Kompas 604 dan kad summary setiap halaman dari Tuan Hafizul Faiz.

Saya terfikir untuk rakam perjalanan ini. Ia bukan satu perjalanan yang hebat.
Ia adalah perjalanan berbuat.

Dari seorang insan yang punya banyak azam
Dari seoarng yang selalu berfikir hak terhadap Al Quran
Dari seorang yang dia tahu dia tak mampu untuk berbuat jika tiada sahabat bersama.

Ya ALLAH sungguh kami tiada daya, tapi kami mahu buat. luruskan jalan kami ALLAH, satukan hati kami ALLAH
Tetapkan langkah kami ALLAH
Uji kami dengan selembut ujian YA ALLAH

sungguh ALLAH kami hanya harap redha mu
Ilhamkan kami untuk bersyukur Ya ALLAH  [QS27:19] Al Naml ayat 19

Al-Quran 27:19

فَتَبَسَّمَ ضَاحِكًا مِّن قَوْلِهَا وَقَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِىٓ أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ ٱلَّتِىٓ أَنْعَمْتَ عَلَىَّ وَعَلَىٰ وَٰلِدَىَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَٰلِحًا تَرْضَىٰهُ وَأَدْخِلْنِى بِرَحْمَتِكَ فِى عِبَادِكَ ٱلصَّٰلِحِينَ 

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".

So [Solomon] smiled, amused at her speech, and said, "My Lord, enable me to be grateful for Your favor which You have bestowed upon me and upon my parents and to do righteousness of which You approve. And admit me by Your mercy into [the ranks of] Your righteous servants."

#GreentechApps