Tuesday, 12 January 2016

Selamat ulang tahun anakanda Nur Amna Afifah

#aktivitihariini
Alhamdullillah. Sehari lagi diberi peluang untuk berbuat manfaat.
Semalam ulang tahun anakanda yang ketiga. Yang ke tujuh.
"Ibu esok hari lahir kaklang. Semua orang kena ada untuk makanan keluarga"
Saya berhenti sebentar untuk beri perhatian padanya.
"Makanan keluarga tu macam mana?"
"Owh..tu makan sama sama kat luar sebab nak sambut birthday kaklang. "
Sambil senyum saya rapat badan pada anakanda dan pegang bahu dia.
"Ok. Kaklang nak makan apa?"
"Abc special". Laju dia jawab.
"Masya Allah. Sedap!
Jujurnya saya ingin cepat cepat habiskan perbualan ini. Saya lihat ruang dapur yang masih tidak berkemas. Tapi saya kasihan anakanda. Saya cuba untuk buat dia gembira.
"Ok. Esok ibu balik dari kerja kita makan Abc ya. "
Dia senyum dan berlari ke ruang tamu sambil menyanyi dan sampaikan khabar gembira pada yang lain.
Mudahnya untuk gembirakan anak anak. Sedikit ruang dan masa.
Selamat ulang tahun kelahiran anakanda. Allah berkati usia kamu dan menjadi umat Nabi yang bermanfaat.

#AHI
#allahsangatbaik
#kupukupusyurgasaya

Sunday, 10 January 2016

Gambar

Assalamualaikum
Saya disapa di wasap
" geramnya..nk buat mcm mana ha..anak aku selalu bg aku HOT"
Salah seorang rakan baik saya. Saya senyum sebab saya kenal anak yang dimaksudkan.
"Ari ni peluk tak dia..?"
Jawabnya
" dah aku hot..nk peluk mcm mana"
Saya meningkah
"Sekarang ni sapa tua..dia ke kita..dia kan budak..kita namanya ibu.."
Jawab dia lagi
"Tu la yg aku wasap ni..aku rasa panas saja..tapi bila dia dah kesekolah, nampk barang barang dia..rasa bersalah"

Saya senyum lagi. Sambil menulis. Saya mulakan dengan bismillah, istigfar dan selawat. Risau sekiranya apa yang bakal saya tulis menjadi dosa buat saya. Risau sekiranya saya hanya menasihati tapi saya sendiri tidak laksanakan.

Wahai mama kepada anak hebat. Dengar ni.
Sebenarnya dia cuba tarik perhatian mama. Sebab dia faham, mama hanya beri dia perhatian bila dia buat Mama HOT.
nanti bila dia balik peluk dia erat erat. Bisik di telinga.
Abang yang mama sayang. Mama sayang kamu. Kamu jantung dan jiwa mama. Cium pipi dia. Boleh???

Rakan saya balas dengan ini
😂😍😙

Maafkan ibu wahai anak. Ibu lupa kamu sebenarnya perlukan perhatian

Sahabat yang menenangkan jua rezekikan?
#allah sangat baik

Thursday, 7 January 2016

Cermin

#aktivitihariini
Assalamualaikum. Alhamdullilah syukur untuk hari yang sihat dan positif.
Setiap orang ada cermin pandang masing masing. Cermin tersebut bergantung kepada pemikiran,rakan,bahan bacaan dan amalan seseorang.
Dua ujian kecil hari ini. Anakanda jatuh semasa saya sedang memandu untuk hantar ke taska. Anakanda tengah beraksi ala ala Tobot. Pecah bibir dan berdarah. Momen yang baik dia berdoa semuga diberi kesembuhan
Dapat mengulangkaji semula teknik Marmet setelah pam susu rosak.

Bukan kah itu pun rezeki

#allahsangatbaik

Mulakannya

Wednesday, 6 January 2016

Mantra

Assalamualaikum

Terasa hebat sebab buat benda yang kita suka.

Alhamdullillah hari ini berjaya untuk aplikasi teknik nabi. Anakanda ke empat memang selalu bagi peluang ibu pahala. Seawal bangun merengek untuk tidak ke sekolah
Otak ligat berfikir. Bukan masa berkeras. Teringat teknik Nabi.
Cari kebaikan tutup mata keburukan.

Dengan izin Allah anakandan senang untuk diuruskan.
Bukan kah itu pun rezeki.

#allahsangatbaik