Thursday, 14 April 2016

Lapar dan harap

Assalamualaikum

Allah hantar kasih sayangNya pelbagai.

Setiap satu untuk kebaikan.

Ceritanya begini.

Saya sangat lapar tadi. Mohon bantuan rakan yang keluar untuk beli makanan.

Leka dengan tugasan perut lupa tentang lapar.

Dalam leka tersebut terdengar suara rakan baru balik. Hati berbunga.

Beli apa ya

Ya Allah lupa .! Kami makan kat sana

Subhanallah rasa ketika itu. Kecik sangat hati. Terkilan. Mau nangis. Sebab dia tahu saya sangat lapar. Tadi saya ajak dia makan. Tapi katanya dia ada urusan di luar. Akan beli makanan untuk saya
Ya jujur rasa tu dari saya.

Tenangkan diri. Teguk air masak
Istigfar. Selawat. Buka video di telefon untuk alih perhatian dari "rasa".

Tetiba detik dalam hati.

Ya allah ampun dosa saya.
Betapa Allah tegur saya.

💝bergantung harap dengan manusia
💝Allah nak saya bila saya  rasa penolakan dari  manusia.
💝terus ingat mak. Ya Allah, saya selalu buat mak rasa tertunggu tunggu..Nah Allah tegur kau sekarang..Cash !!

💝suami. Ya kadang kadang saya acuh tak acuh dengan dia.

Terduduk saya ingatkan semua ini.

Terima kasih Ya Rab. Dengan kasih sayang ini. Saya doakan kalian sentiasa dalam pandangan Ilahi

Wednesday, 13 April 2016

Allah sangat baik

Pernah rasa ini
Dalam dompet ada helaian biru.
Ya helaian yang selalu kita sedeqahkan kepada tabung masjid.

Lauk di dalam peti tinggal untuk sekali makan saja.

Jiwa tidak terlalu runsing, akal berkata dimana nak cari sumber.

Dalam tugasan harian, kalut dengan dunia. Lupa

Tiba tiba datang insan hulur Not RM50.00 dua keping.
Apa kau rasa.
Alhamdullillah
Allah sangat baik!
Dalam hati pecah ombak tangisan.

Allah tak pernah jemu .
Tapi kita penuh dengan alasan

Tak perlu magik.
Hanya buat yang Allah pinta. Bukan untuk dia . Tapi untuk kita HAMBA.

Dia mengerti

Assalamualaikum

Rakaman perbualan ringkas dengan anak syurga angah.

Ibu! abang bawa nasi lebih,lauk pun sama!

Ok bang, tapi make sure u can finish it tau.

Sedikit kuat suara sebab ibu tengah masak.

Kawan abang tu setiap hari tak makan. Tak bawa duit.

Ayah dia tak sihat. Ibu ingat dak pakcik guard yang ibu bagi nasi masa lawan bola jaring kakak dulu.

Ya ya ibu ingat! Angguk angguk sambil masak lagi.

Awat ngah?

Tu la ayah Mat. Ayah dia tak sihat. Tak boleh mai keja.
Ibu pahamkan kerja guard macam mana?. Tak sihat ,tak mai keja, orang tak bagi keja dah la.

Owh. Ibu diam . Mata pandang angah.

Monolog ibu.

Ya Allah, Di mudahkan urusan mereka.

Anak syurga angah sambung lagi.

Tapi abang dengan kawan kawan abang selalu beli atau kongsi makanan dengan dia. Kami kongsi duit , kami beli makanan.
Dia tak minta pun.

Alhamdullillah. Allah pasti lihat kebaikan angah dan kawan kawan.

Wahai imam ibu anakanda syurga Angah

Istiqamah kamu dalam kebaikan ini.

Tiada yang kamu bawa selain dari amalan yang Allah redhai.