Assalamualaikum
Allah hantar kasih sayangNya pelbagai.
Setiap satu untuk kebaikan.
Ceritanya begini.
Saya sangat lapar tadi. Mohon bantuan rakan yang keluar untuk beli makanan.
Leka dengan tugasan perut lupa tentang lapar.
Dalam leka tersebut terdengar suara rakan baru balik. Hati berbunga.
Beli apa ya
Ya Allah lupa .! Kami makan kat sana
Subhanallah rasa ketika itu. Kecik sangat hati. Terkilan. Mau nangis. Sebab dia tahu saya sangat lapar. Tadi saya ajak dia makan. Tapi katanya dia ada urusan di luar. Akan beli makanan untuk saya
Ya jujur rasa tu dari saya.
Tenangkan diri. Teguk air masak
Istigfar. Selawat. Buka video di telefon untuk alih perhatian dari "rasa".
Tetiba detik dalam hati.
Ya allah ampun dosa saya.
Betapa Allah tegur saya.
💝bergantung harap dengan manusia
💝Allah nak saya bila saya rasa penolakan dari manusia.
💝terus ingat mak. Ya Allah, saya selalu buat mak rasa tertunggu tunggu..Nah Allah tegur kau sekarang..Cash !!
💝suami. Ya kadang kadang saya acuh tak acuh dengan dia.
Terduduk saya ingatkan semua ini.
Terima kasih Ya Rab. Dengan kasih sayang ini. Saya doakan kalian sentiasa dalam pandangan Ilahi
No comments:
Post a Comment