Allah hu
Saya mohon ampun jika yang saya tulis ini menunjukkan keseombongan atau apa saja yang tidak enak.
Sudah berapa hari ia bermain dikepala saya.
Rasa bersalah jika tidak dapat meluang masa untuk membaca walau sebaris ayat dari #suratcinta.
Perasaan ini bukan dibuat buat.
Lagi terkesan ketika mendengar slot Ustaz Pahrol di IKIM.
Katanya dari sekarang kita kena berlatih untuk membaca quran. Banyakkan quantiti dari kualiti.
Di sini rasa bersalah bermula. Ramadhan makin dekat. Apa yang saya buat cukupkah untuk menyambut ladang pahala ini.?
Terasa sampai ke hati hitam. Saya tidak mahir membaca. Bacaan selalu ditegur oleh anakanda.
Ibu bukan begitu bacaannya.
Ibu yang ni bacaannya begini.
Ya Allah. Terasa malu pada hakikat. Mak ditegur anak. Tapi itu kata hati sombong. Masya Allah bersyukur . Ada masih ingin menegur.
Alternatif saya, baca bersama anakanda.
Memang sukar memulakan sesuatu yg baru. Izin Allah menjadi amalan. Ada lompangnya. Sentiasa istiqamah. Supaya ia asbab menjadi contoh kepada anak anak.
Dalam keadaan manapun setiap hari WAJIB membaca. Walau dimana berada. Mula dengan paksaan. Kemudian jadi ingatan. Seterusnya suatu agenda wajib.
Ya Allah suburkan hati kami dengan ayat ayat Mu
No comments:
Post a Comment