Assalamualaikum
Saya disapa di wasap
" geramnya..nk buat mcm mana ha..anak aku selalu bg aku HOT"
Salah seorang rakan baik saya. Saya senyum sebab saya kenal anak yang dimaksudkan.
"Ari ni peluk tak dia..?"
Jawabnya
" dah aku hot..nk peluk mcm mana"
Saya meningkah
"Sekarang ni sapa tua..dia ke kita..dia kan budak..kita namanya ibu.."
Jawab dia lagi
"Tu la yg aku wasap ni..aku rasa panas saja..tapi bila dia dah kesekolah, nampk barang barang dia..rasa bersalah"
Saya senyum lagi. Sambil menulis. Saya mulakan dengan bismillah, istigfar dan selawat. Risau sekiranya apa yang bakal saya tulis menjadi dosa buat saya. Risau sekiranya saya hanya menasihati tapi saya sendiri tidak laksanakan.
Wahai mama kepada anak hebat. Dengar ni.
Sebenarnya dia cuba tarik perhatian mama. Sebab dia faham, mama hanya beri dia perhatian bila dia buat Mama HOT.
nanti bila dia balik peluk dia erat erat. Bisik di telinga.
Abang yang mama sayang. Mama sayang kamu. Kamu jantung dan jiwa mama. Cium pipi dia. Boleh???
Rakan saya balas dengan ini
😂😍😙
Maafkan ibu wahai anak. Ibu lupa kamu sebenarnya perlukan perhatian
Sahabat yang menenangkan jua rezekikan?
#allah sangat baik
No comments:
Post a Comment