Assalamualaikum
Hebatkan Allah. Hanya kita yang selalu sangsi.
Saya hari ini dikurniakan kebaikan dalam persahabatan.
Saya ada dua adek . Tidak gemar guna bahasa adek angkat. Sebab kita islam bersaudara.
Semua yang jadi aturan Allah. Dahulu saya selalu cakap kebetulan. Setelah menuntut elmu dan serba sedikit bergaul dengan yang bijak pandai baru saya faham. Tiada kebetulan.
Sebenarnya ia perjalanan taqdir kita. Ia telah ditentukan sejak azali lagi. Jangan tanya lanjut tentang ini. Tetapi ia elmu yang saya faham. Kita sebarkan yang telah tahu dan amal.
Adinda yang pertama saya kenal melalui ruang chat semasa. Kami bertemu kerana ingin mencari cara kehidupan yang sihat bagi keluarga.
Keduanya senang untuk saya ladeni. Sejak saya pegang prinsip ini. Saya ubah "cermin mata" jiwa. Sangat mudah. Baik kita layani orang. Lebih baik juga kita terima. Begitu juga sangkaan. Bersangka baik. Walau dalam talian tidak pernah bersua muka. Tapi Allah temukan kerana mencari kebaikan.
Saya doakan semua ini berakhir dengan pengakhiran yang baik. Moga kita berjiran di Jannah.
Tatkala adinda berdua di syurga dan kanda tiada disana. Mohon pada Ya Rab untuk saya bersama kalian juga.
Allahumma ameen
No comments:
Post a Comment