Lagi tentang kakak.
Bermula 1.8.16 sekolah kakak mulakan gerak gempur UPSR.
Kelas tambahan pada petang dan malam. Allah rezekikan kakak bersekolah dengan ayah.
Dimudahkan banyak urusan. Ibu tak perlu pening memikirkan untuk mengambil, menghantar. Malahan jika ada mesyuarat dan keperluan lain ibu bapa perlu hadir, ibu hanya ambil maklum.
Jarak rumah dan sekolah sehala lebih kurang 35km.
Kakak ada tusyen ĺuar yang dibiayai sendiri pada malam Isnin dan Khamis setiap minggu.
Dua sebab ini, menyebabkan kakak dpt hadir kelas malam pada khamis sahaja.
Moga Allah mudahkan urusan guru dan mereka yang berusaha untuk peperiksaan ini
No comments:
Post a Comment